TAHUKAH ANDA...??
Terdapat pelbagai jenis perfume untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai. Sebenarnya hanya terdapat 4 kategori perfume iaitu:-
1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan wangian yang paling tinggi iaitu 20% - 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai dan harganya memang tergolong dalam kategori mahal.
2. EAU DE PARFUM (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10% - 15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular dan lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, pergelangan tangan, leher, dada, bahagian dalam lipatan siku, belakang lutut dan pergelangan kaki. Tidak perlumeletakkannya di belakang telinga, sebab ianya akan menyebabkan baunya agak kuat.
3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette pula terdiri daripada campuran perfume sebanyak 3% - 8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam, walau bagaimanapun ianya bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (miniature/vial). Baunya juga tidaklah sehebat Parfum atau Eau de Parfum, tapi sudah memadai untuk membuatkan kita rasa yakin dan menyenangkan rakan sekeliling dengan bau haruman kita . Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat hingga menyakitkan hidung dan tidak terlalu perlahan sampai tiada bau haruman langsung.
4. COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

TAHUKAH ANDA CIRI-CIRI PERFUME INI...???
ORIGINAL REJECTED
1) 100% kandungannya original dan tahan lama.
2) Reject perfume biasanya disebabkan - botol yg direject kerana calar atau rosak tulisannya dan kotaknya direject
3) Ia direject semasa dihasilkan (production), semasa penghantaran dan semasa ia di periksa (QC)di kedai2.
4) biasanya reject perfume dijual lebih murah dari yang dipasaran (20%-40%)
SEPHORA DUBAI / AAA
1) Perfume gred super 95% like ori
2) Bau, botol & packaging yg sama
3) Lasting 5 - 7 jam mengikut suhu dan badan
UK GRADE
1) 99% like ori
2) Bau, botol & packaging yg sama
3) Lasting lebih lama , penjimatan juga berganda
SMART COLLECTION
1)Ia merupakan perfume yang diinspirasikan dari Perfume ORIGINAL dimana dibuat untuk pasaran Dubai. Wangiannya adalah sama dengan yang original dan ketahanannya juga setanding ORIGINAL.
2) Saiz botolnya adalah kecil hanya dengan isipadu 18mL. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil. Reka bentuk botol yang eksklusif juga menjadikannya sesuai diberikan sebagai hadiah untuk insan yang tersayang. Amat sesuai untuk Penggemar wangian yang suka bertukar-tukar wangian.
3) Jenis Perfume adalah EDP ataupun Eau De Parfum, dimana kepekatan pati perfumenya adalah 15-20% iaitu lebih pekat berbanding EDT ataupun Eau De Toilette yang mana cuma 5-15%
4) Ketahanan perfume dari SMART COLLECTION juga adalah setanding ORIGINAL iaitu 6-8 jam ataupun lebih. Namun untuk pengetahuan, ketahanan perfume (semua jenis perfume) bergantung dengan suhu badan si pengguna. Sebagai contoh, pekerja kontrak tidak sesuai menggunakannya ke tempat kerja kerana suhu badannya akan meningkat dan menyebabkan wangian perfume ini tidak tahan lama.

Bagi mengekalkan ketahanan wangian kegemaran anda, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan.
Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, bahagian dalam (pelipat) siku dan belakang telinga.
Menyembur minyak wangi pada belahan baju dalam (bagi wanita) juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.
Terdapat beberapa panduan dalam memilih wangian kegemaran anda :
Kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya pada baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Bau minyak wangi akan berbeza mengikut tindak balas suhu dan kulit si pemakai, bau yang wah pada anda mungkin bau yang agak kurang menyenangkan bagi kawan anda. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.
Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita. Apa yang penting ianya mengikut citarasa anda dan tidak memeningkan kepala anda sendiri, antara tanda-tanada bauan itu tidak sesuai pada anda...anda mungkin akan sakit kepala dan juga bersin bagi sesetengah orang.
Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi beraroma kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, herba, manis, segar dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilihlah haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.
Iklim dan musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim. Serta siang atau malam.